Saturday, 31 December 2011

Paphiopedilum Liemianum


Paphiopedilum Liemianum (Fowlie) Karas. & Saito 1982
SUBGENUS Cochlopetalum [Haller] Karasawa & Saito 1982

Found in : North Sumatra Indonesia
Flower Size : 3.2" (8cm)
Growing : Hot to warm growing

Basally clasping leaves that blooms on 5 to 8" [15 to 20cm] long. dark brown,Successively 1 to 2 flowered inflorescence carrying an elliptic,obtuse,ciliate,green spotted crimson floral bract with 8 to 1.2" between each flower.


Sedikit keterangan tentang species ini.
Species Paphiopedilum Liemianum ini saya perolehi dari seorang rakan yang menetap di pekan baru sumatra Indonesia. pada mulanya species ini juga menjadi gilaan ramai peminat ORCHID SPECIES. Saya membawa masuk species ini pada tanggal 11 march 2006. Apa yang menarik tentang species ini, bunganya boleh betahan lama dan saling beganti bunga sehinggalah ke penghujung batang yang terakhir. kehidupan species ini agak mudah dijaga. memerlukan Angin dan sedikit cahaya matahari.(redup). species ini masih lagi dalam jagaan saya dan hidup seperti biasa sehinggalah hari ini.

Friday, 30 December 2011

Paphiopedilum Barbatum

 Paphiopedilum Barbatum (Lindl) Pfitzer 1888 SUBGENUS Sigmatopetalum SECTION Barbata SUBSECTION Barbata
 Found in malaysia and Penninsular Thailand
Flower Size : 3 1/5' (8cm)


Sedikit keterangan tentang ORCHID Paphiopedilum Barbatum

Saya menemukan species ini pada 9 October 2007 di salah sebuah kawasan pergunungan di perak. kami mula mendaki kawasan pergunungan pada jam 7.45 pagi. banyak juga species orchid yang kami temuai.setelah sekian lama kami mendaki kami terjumpa satu kawasan batu curam di tebing batu inilah kami jumpa PAPHIOPEDILUM BARBATUM yang banyak tumbuh melata di kawasan itu. ketika itu keadaan cuaca di tempat kami menemukan species ini agak sejuk sedikit tetapi cahaya matahari dapat masuk melalui celah-celah rimbunan pokok-pokok besar. pada mulanya kami agak ragu bila ingin membawa species ini pulang ke johor bahru. sebab keadaan cuaca di tempat kami jauh berbeza.oleh kerana pada ketika itu ramai pengemar dan pengumpul orchid species yang mencari species ini. saya dengan nekat membawa pulang species ini dan menjaganya sehinggalah sekarang. species ini mula mengeluarkan bunga yang pertama pada 13 April 2008. sehinggalah sekarang masih lagi berbunga.  ANUARORCHID69.